Followers

Sunday 18 December 2011

Aurat Wanita..

AURAT

Wanita Solehah Perhiasan Dunia~


Kepada yang bergelar perempuan, lelaki pun boleh baca juga. Apa salahnya kan berkongsi ilmu. Hari ini saya nak cerita tentang aurat wanita. Baca dengan teliti tau.


1 - Bulu kening
Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. Jadi tak payah la cukur bulu kening cam artis sekarang ni.


2 - Kaki - tumit kaki
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki supaya diketahui perhiasan yang dipakainya.


3 - Wangian
Perempuan yang memakai perfume dan melewati suatu kaum supaya merek mencium baunya, jadi perempuan itu telah dinggap melakukan zina. Tapi kalau memakai perfume untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan tu boleh la.


4 - Gigi
Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikirkan giginya, menjarangkan giginya supaya menjadi cantik.





 




5 - Muka & Leher
Bersolek atau make-up tu janganlah over sangat. Menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung menampakkan leher seperti orang Jahiliah. Ramai sekarang buat macam tu. Ish ish.






6 - Muka & Tangan
" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullullah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasulullah "Wahai Asma'! Sesungguhnya seorang gadis yang telah datang haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja"
:: Riwayat Muslim dan Bukhari ::


7 - Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis dan tidak halal baginya."
:: Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi ::


Sama-sama bermuhasabah diri. Kepada Allah kita kembali. Jangan meyesal di kemudian hari, kelak merana diri. Ini untuk renungan diri ini juga.


Hope you will enjoy reading the entry

4 comments:

syafiqa said...

mudah mudahan akan berubah kearah lebih baik
sama2 doa kan :)

Cik Orkid said...

bagus entry ni. teruskan berblog ye~

farz zull said...

perkongsian yang bagus....insyaALLAH diikuti

Fatin said...

Nice sharing.terima kasih igtkn :)