Followers

Wednesday, 21 December 2011

Sombong ke?

Penyakit sombong pun ada ubatnya~

Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak kongsi tip. Harap-harap ia dapat menyembuhkan orang-orang yang sombong. Saya pun kadang-kadang sombong juga. Jadi kita  semua amalkan ubat ni. InsyaAllah, berkesan. Tak payah telan ubat yang pahit lagi tak sedap tu. Just reading.

1 – Diam dan jangan banyak cakap. Zip mulut korang.  Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita kan. Jadi, lebih baik diam je. Shhhhh.

2 – Berasa cukup dengan apa yang kita ada. Jangan nak lebih-lebih pula. Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tak puas hati dan nak yang lebih lagi.

3 – Jangan nak tonjolkan diri korang tu supaya lebih terkenal or aka famous or lebih popular. Biasanya kalau dah popular nanti, mesti pandang rendah terhadap orang lain. Huhhh.

4 – Biasakan diri dengan sikap kasih sayang dan juga hormat-menghormati orang. Kalau tak ada rasa belas kasihan nanti sifat zalim pula yang akan datang kan. Ish ish ishhh.

5 – Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain. Kalau ada sifat ni kan, nanti kita hilang kawan paling tidak pun tiada kawan lansung. Nanti status kat facebook ‘ I’am lonely ’


6 – Sentiasa bertafakur or aka mengingati kelemahan diri dan kebesaran Allah s.w.t. Biasanya, Kalau tidak bermuhasabah diri nanti kita akan tahu yang kita ni konon-kononnya bagus. We all not perfect. Remember that.

7 – Selalulah berdoa dan memohon hidayah daripada Allah s.w.t . Kalau tidak berdoa nanti kita akan menghidap penyakit yang bernama ‘syirik kecil’. Nauzubillah.

Kalau dah baca penawar ni, simpan dalam diri tau. Jangan buang buat pusaka pula.

Hope you will enjoy reading the entry

4 comments:

Cik Orkid said...

Yes, sokong !

Paris Lipton said...

totally agreeeeeeeeeee!!!!

Lady Emilya said...

sy sokong jugak!
insyaallah practice lepas ni
nice entry ;)

Lavendar-Girl said...

Cik Orkid
baguslah kalau setuju.. :)

Paris Lipton
happy to hear that. :) tq

Lady Emilya
thank you.. :)