Followers

Tuesday 20 December 2011

Think About It !

Check-Point Hidup Manusia

ALAM ROH - Masih ingat 'aku janji' kita dengan Pencipta kita? Saat Allah berfirman yang bermaksud "Bukankah Aku ini Tuhanmu?", kita semua menjawab yakin " Benar (Engkau Tuhan Kami), kami menjadi saksi." (Surah al-A'raf 7: 172)

ALAM RAHIM - Inilah tempat yang paling selamat bagi manusia; di dalam rahim ibunya. Nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan.

DUNIA - Dunia tidak ubah seperti sebuah 'kenderaan' yang membawa kita musafir ke alam akhirat. Isilah musafir ini dengan bekal yang bakal menyelamatkan kita menempuh check-point seterusnya yang jauh lebih mencabar.

SAKARATULMAUT - Jangan sangka apabila sudah hampir terpisah nyawa dari jasad, ujian dah berakhir. Boleh tahan juga ujian kala sakaratulmaut. Diuji antara iman dan kufur.

KUBUR - Sendirian tidak berteman. Terasing dan sepi. Inilah transit sementara menunggu detik kiamat. Awas, jangan pula mengganggu teman di sebelah dengan teriakan sendiri dek diazab, nauzubillah.




TIUPAN SANGKAKALA - Tiupan pertama sangkakala akan mematikan semua makhluk kecuali Allah dan malaikat Israfil.

DIHIDUPKAN SEMULA - Tiupan kedua akan menghidupkan kembali makhluk yang telah mati. Jangan disangka mayat yang telah hancur dimamah bumi  dan tulang-belulang yang bersepah sana-sini tidak mampu "dibangkitkan" semula oleh Allah.

AL-HASYAR (Manusia dikumpulkan) - Sepertimana perhimpunan jemaah haji di padang Arafah pada hari wuquf, begitulah keadaan di padang masyar. Di sini beberapa check point lagi terpaksa manusia ditempuhi:

Syafaat
Manusia memohon syafaat daripada para nabi, hingga akhirnya hanya Rasul akhir zaman sahaja yang mampu member syafaat.

Penyerahan kitab amalan
Kiri atau kanan? Semuanya berdebar-debar menunggu kitab amalan masing-masing.

Hisab
Di sinilah manusia akan menanggung dan menjawab setiap perbuatannya di dunia. Segala aktivitinya di dunia akn ditayangkan kembali.

Mizan
Ini proses “menakar” iman. Segala kebaikan yang dilakukan walau sebesar biji sawi ada sahamnya menerusi neraca ini. Begitu juga amalan keburukan. Inilah kecanggihan mizan ciptaan Allah s.w.t, tiada satu pun amalan yang terlepas daripadanya.


Telaga (al-Haud)
Hanya insan terpilih sahaja yang mampu melegakan tekak meneguk air dari Telaga Nabi ini.

TITIAN SIRAT - Titian yang merentangi neraka jahanam, ketebalannya (baca:kenipisannya) lebih tipis daripada rambut,malah lebih tajam daripada pedang. Inilah satu-satunya jalan menuju syurga. Titian ini lurus, tiada selekoh dan tidak bercabang. Walaupun begitu, orang kafir akan gagal melintasinya.

DESTINASI TERAKHIR -

Syurga - Tiada mata yang pernah melihat keindahannya, tiada telinga yang pernah mendengar butiran perinciannya, tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan keindahannya, malah tiada lukisan pun yang boleh mentafsirkan keadaannya.

Neraka - Inilah seburuk-buruk kediaman. Apinya menjulan-julang marak. Panasnya tidak mampu disukat.

Itulah check-point bagi semua manusia. Ingatlah, Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan. Banyak-banyakkanlah pahala, musnahkan dosa.



Hope you will enjoy reading the entry

1 comment: