Followers

Friday 23 December 2011

Potong kuku cara Islam~


Assalamualaikum.

 

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Cara-cara memotong kuku mengikut agama Islam ...

Sunat memotong kuku bermula dengan jari kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk hingga jari kelingking dan diikuti ibu jari...

Kemudian, tangan kiri bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Bagi kuku kaki pula bermula dengan kaki kanan bermula daripada jari kelingking hingga ibu jari...

Kemudian, kaki kiri bermula daripada ibu jari hingga jari kelingking...


Kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan oleh Umar ra.





Hari Memotong Kuku & Hikmahnya...

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit

Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat

Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir. Nauzubillah.

Hope you will enjoy reading the entry

7 comments:

farz zull said...

yepp, sya bru potong kuku tadi...hehehe, eh, last sekali baru kedua-dua ibu jari kan??

Cik Orkid said...

mekaseh share, kawan.
baru ingat balik yang hari memotong & hikmahya tu. hek5

Lavendar-Girl said...

farz zull :
a'ah. betul tu :)

Lavendar-Girl said...

Cik Orkid :
ok, sesama. (:

EmpayarUtama said...

Td pg potong ikut dan je...

Anonymous said...

salam...

sangat suka entri ni...tq atas perkongsian yg terbaik ini..:)

Lavendar-Girl said...

Sekamar Rindu :

Sama-sama. :)